MODUL ATAS TALIAN


MODUL BULAN BAHASA

Tema:
 Kayanya Bahasa Kita
Tajuk:
 Bahasa Malaysia Bahasa Unggul ( Kemahiran Menulis dan Mendengar )
Masa:
 1 jam (9.00 – 10.00 pagi)
Pengenalan:
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting untuk merapatkan perhubungan kaum. Di Malaysia, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan dimaktubkan ke dalam perlembagaan Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu diharap dapat dijadikan sebagai medium yang dapat memupuk perpaduan nasional. Selain itu bahasa Melayu juga diharapkan dapat dijadikan sebagai satu identiti negara Malaysia. Kemahiran mendengar (KM) – kemahiran lisan paling asas – peringkat penerimaan
Dapat menguasai KM dengan baik – apabila dapat mendengar dgn baik apa yang dituturkan oleh orang lain & dapat fahami maksud & buat tafsiran KM – libatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Proses mendengar - proses fizikal  - telinga – alat penerima bunyi bahasa. Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis. Menulis merupakan hasil kerja penulis, iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alfabet. Menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi menggambarkan sesuatu makna. Menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa.

Jenis Aktiviti:
Tahap 1:
MEMBEZAKAN BUNYI
a)      Kemahiran menentukan persamaan dan perbezaan  bunyi yang didengar dan boleh memberi makna terhadap apa yang didengar.
b)     Boleh membezakan bunyi yang didengar.
c)      Memahami makna sebenar apa yang terkandung dalam perkataan atau ayat.
MEMAHAMI APA YANG DIDENGAR
a)      Semasa bertutur harus menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai agar apa yang disampaikan difahami oleh pendengar.
CEKAP DALAM MEMPROSES MAKLUMAT
a)      Pendengar yang aktif bukan sahaja mendengar tetapi juga perlu memberi reaksi terhadap apa yang didengar.
b)     Maklumat yang didengar diproses dan dikembangkan/disimpan untuk digunakan semula.
KELAJUAN DALAM PERTUTURAN
a)      Pertuturan yang laju boleh menimbulkan masalah kepada murid namun sebagai proses belajar memahami perkataan yang sukar.
b)      Kemahiran membezakan perkataan dan bunyi bahasa.
5.         GAYA PERTUTURAN
a)      Bahasa yang dituturkan ikut sebutan, tekanan, intonasi, dan gaya bahasa dialek boleh menimbulkan masalah kepada murid        
b)     Guru perlu guna sebutan baku sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran mendengar

Aktiviti tahap 2 :
Penulis perlu mengetahui beberapa perkara berikut:
  1. Siapa pembaca
  2. Media yang digunakan
  3. Gaya penulisan
Contoh:
Bagi murid sekolah rendah keutamaan:
i.          Penguasaan aturan penulisan seperti kaedah menulis huruf-huruf, menulis dengan   kemas, menulis dengan tanda bacaan yang betul, dan tulisan yang kemas.
ii          Pertandingan Menulis ayat dan cerpen.



Matlamat:
Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.


Aktiviti tahap 1 ( Kemahiran Mendengar ) :
1.         PERINGKAT PRAMENDENGAR
                                i.            Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar
                              ii.            Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak diperdengarkan.
                            iii.            Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan.
                            iv.            Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti

2.         PERINGKAT SEMASA MENDENGAR
                                i.            guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
                              ii.            Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin semasa aktiviti mendengar dijalankan.
3.         PERINGKAT SELEPAS MENDENGAR
                                i.            Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
                              ii.            Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
                            iii.            Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
                            iv.            Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti berkenaan.

Pemilihan Bahan :
1)      Bahan yang sesuai boleh meningkatkan minat dan keseronokan murid untuk menjalani aktiviti.
·         ALAT ELEKTRONIK
¨  Radio
¨  Televisyen
¨  Perakam video
¨  CD / DVD
¨  Komputer

2.         BAHAN RANGSANGAN
·         BAHAN BENTUK PROSA
¡  Cerita                                     - perbincangan
¡  Pesanan                                  - surat
¡  Peraturan                               - kuiz
¡  Iklan                                       - temuramah
¡  Pengumuman                        - syarahan
¡  Perbualan/dialog                   - laporan
¡  Berita                                      - perbahasan
¡  Ucapan                                   - taklimat
¡  Wawancara                           - mesyuarat
¡  Kempen                                  - drama

Aktiviti tahap 2 ( Kemahiran menulis )
AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS
  1. Menulis bentuk mirip kepada huruf-huruf tertentu.
  2. Menulis huruf daripada gambar
  3. Menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan
  4. Menulis huruf atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik
  5. Menyalin perkataan atau frasa
  6. Menyalin ayat daripada buku
AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS MENTALIS
  1. Menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru.
  2. Menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang diberikan.
  3. Menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat.
  4. Menulis ayat-ayat mudah.
  5. Membuat latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang diberi.


Objektif: 
1.      Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.
2.      Meningkatkan kemahiran menulis ayat dan karangan pendek dalam kalangan murid sekolah.
3.      Memahami kepentingan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan dan perpaduan kaum.
4.      Menghargai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan,
5.      Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran.
6.        Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap Satu - 1984)
7.       

Kumpulan Sasaran:
Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2  Sek Kebangsaan Pos Brooke yang terdiri daripada kaum  Orang Asli.


Syarat-Syarat:

  1. Terbuka kepada  murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 .
  2. Menjawab soalan akvititi secara lisan.
  3. Berkeyakinan menjawab di kalangan murid lain.
  4. Hasil Penulisan mestilah asli.
  5. Mesti diselia oleh guru


Langkah-Langkah Perlaksanaan:
Langkah 1 Sebelum:

  1. Memastikan alatan audio berfungsi dengan baik.
  2. Menerangkan tujuan aktiviti diadakan
  3. Menerangkan tema
  4. Menerangkan cara-cara aktiviti

Langkah 2 Semasa:
  1. Memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan berkumpulan.
  2. Memasti murid dapat menyiapkan tugasan.

Langkah 3 Selepas.
  1. Menyenarai nama-nama murid yang dapat menjawab secara lisan dengan baik dan betul.
  2. Mengutip tugasan.