Thursday, 16 June 2011

Ujian tetap ujian

Bulan ni sahaja aku telah di uji oleh Maha Pencipta yang Maha Penyayang..adussss..keretaku teringin duit lagi..minggu lepas tersangkut gear di bukit grik...menggelabah jugak aku...kalau aku sorang kira boleh counting semangat aku lagi tapi ni sekali dengan anak bini...yang aku risau anak aku yang masih kecil lagi bersama aku tersangkut gear di dalam hutan bukit grik...tapi cerita tentang orang asli yang joki motosikal dengan sorang cikgu ni yang mengekalkan semangat aku...memang logik cerita orang asli yang aku dengar..ceritanya tentang guru yang menumpangkan tok batin ke kampung sebelah dengan menaiki motosikal..yang hebatnya tok batin tu yang joki motosikal sedangkan guru memboncengnya..guru tersebut menegur tok batin..tok..tok..kenapa bawa motor guna gear 1 je dari tadi, kenapa tak tukar ke gear 2, lepastu gear 3...nanti rosak la gear 1 tu nanti...tok batin menjawab...cikgu jangan risau, kalau rosak gear 1, masih ada 3 lagi gear..apabila teringat cerita itu aku pun menggunakan skill tok batin tersebut dan ternyata menjadi..namun lebih malang apabila laluan grik sesak

Friday, 3 June 2011